Total Pageviews

About Me

My Photo
nicemedicine
Sek.Keb.Tmn Seri Gombak, Sek.Men.(A) Al-Basriah, Sek.(A) Men. Tengku Ampuan Rahimah, Sek.(A) Men. Rawang, Sek.Men.Keb Hillcrest, MRSM Kuantan, Kolej Matrikulasi Johor, UiTM, UKM-UNPAD.
View my complete profile
There was an error in this gadget

Popular Posts

There was an error in this gadget

Labels

Your Voice


ShoutMix chat widget
There was an error in this gadget

Followers

Tuesday, 14 December 2010

Ibadah Bukan Hanya Mengikut Musim

Acapkali kita perhatikan di sekeliling kita, sebahagian manusia hanya beribadah mengikut musim-musim tertentu. Sebagai contoh, puasa di bulan-bulan haram, beribadah di bulan Ramadhan dan sebagainya. Namun di bulan-bulan, ibadah mereka kelihatan kosong tanpa amal. Seolah-olah ibadah hanya pada musim-musim tertentu sahaja.

solatsequance-solat

Seharusnya, ibadah seorang muslim itu harus berterusan sehingga ajal tiba dan bukan hanya pada waktu-waktu tertentu. Ini kerana Allah menjadikan hidup dan mati kita rahsia adalah kerana ingin menguji siapa paling tinggi amalnya.

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (Al-Mulk : 2)

Memang di akui bahawa pada waktu-waktu tertentu ada kelebihan atau fadhilat andai kita lakukan sesuatu ibadah, akan tetapi tidah seharusnya kita melakukan ibadah itu pada waktu itu sahaja seperti hanya qiamullail pada bulan ramadhan. Selesai sahaja ramadhan, maka qiamullail pun selesai dan tunggu tahun hadapan

Analogi yang mudah, seorang pelajar perubatan harus fokus dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.Beliau harus belajar mengikut jadual yang telah ditetapkan dan tidak hanya belajar pada saat-saat terakhir.

Apa kesannya sekiranya belajar pada saat-saat akhir? Semestinya keputusan kurang cemerlang dan tidak memberansangkan. Malah ada kemungkinan gagal untuk subjek tertentu.

“Relakslah kita santai. Past year. Tak perlu nak studi awal-awal” adalah ucapan yang selalu kita dengar.

Apa yang terjadi sekiranya soalan-soalan ‘past yeat’ tak keluar? Kalau keluar dan dapat keputusan cemerlang, bagaimana pula masa klinikal nanti? Silap-silap kene maki hamun dengan doktor sebab banyak tak tahu.

Pelajar yang cemerlang akan belajar sejak dari awal lagi dan akan mempertingkatkan usaha apabila menjelang peperikasaan. MDE, OSCE dan OSOCA semua sudah siap sedia dari awal.

Habis sahaja satu sistem, terus sudah ‘master’ dalam MDE, OSCE dan OSOCA.

Begitu juga dengan ibadah. Ibadah bukan hanya waktu-waktu tertentu. Ibadah harus dilakukan secara berterusan dan harus ditingkatkan sekiranya tiba waktu-waktu tertentu seperti halnya dalam belajar.

Rasullulah sendiri sentiasa qiamullail. Apabila tiba bulan ramadhan, maka beliau akan tingkatkan lagi qiamullailnya. Malah beliau akan mengejutkan keluarganya agar bangun dan qiamullail.

Ada sebuah hadith yang selalu kita dengar.

Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit

Yang dimaksud dengan hadits tersebut adalah agar kita bisa pertengahan dalam melakukan amalan dan berusaha melakukan suatu amalan sesuai dengan kemampuan. Karena amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang rutin dilakukan walaupun itu sedikit.

Seharusnya kita terus mujahadah demi mendapatkan syurga Allah taala dan memperbaharui iman kita. Kita harus sedar bahawa tujuan kita di ciptakan di dunia adalah hanya untuk beribadah kepada Allah

Beribadah kepada Allah adalah matlamat kehidupan kita. Itulah lafaz ikrar setiap kali kita solat samada kita sedar atau tidak.

p/s : Doakan agar ana membuat seperti apa yang ana cakap. ana takut, ana ajak orang buat kebaikan tapi pada masa sama anda sendiri tidak buat. ini adalah sikap yang sangat di cela oleh Allah.

p/s : Peperiksaan dah dekat, semangat-semangat untuk belajar. Tetapkan matlamat dan tujuan dengan betul.

p/s : Alhamdulillah sakit sudah surut. Jazakallah khairan kepada semua yang doakan dan beri nasihat pada diri ini. Ana sayang kalian.

4 comments:

syuhadah said... [Reply]

assalamualaikum..

dalam beribadah,yang penting bukan kuantiti tapi kualiti..biar sikit pada awalnya,teruskan istiqomah atau berterusan,then top up sikit2x..huhu..

semoga terus istiqomah dalam perjuangan menuju redhaNya..

nicemedicine said... [Reply]

@syuhadah
apakah elemen yang menunjukkan kualiti ibadah?

syuhadah said... [Reply]

pendapat saya,kualiti ibadah tu,kesan ibadah tu pada kita.
contohnya solat.adakah solat kita mampu mencegah kita dari melakukan maksiat?adakah solat kita benar-benar mendekatkan kita pada penciptaNya?
Zikir kita..adakah ia hanya dilakukan ketika diri berada dalam keadaan sukar?hanya bila ujian datang?Dengan zikir,kita boleh menjadi tenang.bukn dengan sekadar banyaknya zikir,tapi kualiti di mana melalui zikir,kita merasakan kehambaan padaNya,merasakan betapa besar dosa kita terhadapNya,dan sebagainya..

..wallahualam..

nicemedicine said... [Reply]

@syuhadah
erm... bagus-bagus... itu adalah buah dari amalan ibadah yang berkualiti.
Tapi elemen yang penting ada pada surah Al-Mulk:2
'Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun'
sekiranya sue perasan, dalam itu Allah berfirman siapa uang lebih baik amalnya dan bukan siapa paling banyak amal.
Fudhail Ibn Iyadh ketika mengulas ayat ini beliau berkata amalan terbaik adalah amalan yang paling ikhlas dan paling benar. Maksud paling ikhlas adalah ikhlas semata-mata kerana Allah dan maksud paling benar adalah amalan berlandaskan petunjuk Al-Quran, As-Sunnah dan para sahabat.