Total Pageviews

About Me

My Photo
nicemedicine
Sek.Keb.Tmn Seri Gombak, Sek.Men.(A) Al-Basriah, Sek.(A) Men. Tengku Ampuan Rahimah, Sek.(A) Men. Rawang, Sek.Men.Keb Hillcrest, MRSM Kuantan, Kolej Matrikulasi Johor, UiTM, UKM-UNPAD.
View my complete profile

Popular Posts

Labels

Your Voice


ShoutMix chat widget

Followers

Tuesday 7 December 2010

Bersederhana Dalam Bergurau

“Touching lah kau ni. Nak bergurau sikit pun tak boleh” kata Si A

Dalam waktu yang lain, Si B bergurau dengan Si A pula. Namun ucapan Si A ketika Si B tengah bergurau adalah “ aku sekarang dah lah tengah hot. karang tak pasal-pasal pula ada yang kene marah”

Si B terpinga-pinga. Dia bermonolog dalam hati, “dahulu kata kat aku jangan touching. tapi bila aku gurau dengan dia, dia marah aku pula. jangan nak bergurau”

 

Situasi di atas kerap berlaku dalam persahabatan. Adakala rakan-rakan kita suka bergurau dengan kita namun apabila kita bergurau pula, dia akan marah atau melenting. Jadi apa sewajarnya kita buat?

Bersabarlah dengan sahabat anda itu walaupun ia pahit untuk kita terima. Bersabar bukan bererti kita tidak menegur. Sekiranya kita mempunyai kekuatan, tegurlah sahabat kita itu. Elakkan lah bersikap ‘cakap belakang’ kecuali atas hal-hal tertentu seperti ingin meminta pendapat orang lain tentang situasi yang kita alami.

 

Bergurau adalah salah satu elemen yang penting dalam pergaulan sosial. Pergaulan akan nampak suram sekiranya tiada unsur gurauan. Hatta, rasulullah sendiri pun bergurau dengan sahabat-sahabatnya. Ini sangat jelas menunjukkan gurauan mengandungi unsur humor yang boleh mengeratkan lagi hubungan kita.

Namun begitu, sikap gurauan berlebihan boleh meretakkan hubungan silaturrahim yang terjalin. Ini kerana, ragam manusia tidak sama. Malah, manusia yang sama pun akan marah bila situasi ketika bergurau ia tidak ada dalam ’mood’ yang baik.

Jadikanlah Rasulullah sebagai contoh ketika kita ingin bergurau. Bersederhanalah ketika bergurau.

Ada sebuah hadith

Zuhudlah terhadap dunia, pasti Allah mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan manusia, pasti manusia pun mencintaimu

.:ketika jari berbicara:.

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

Panjangkan sikit kot?

Adab2 dalam bergurau ke..

nicemedicine said... [Reply]

sekarang ni tiada masa.
post2 yang ana post ni, sebab tak nak bagi nampak kosong sangat je

insyaAllah, ana kan panjangkan post ana. sbb dah banyak ambil masa utk design blog. masih ada komitmen lain harus ditunaikan.

trima kasih atas komen.. 2 post sebelum ini, bukan dari idea ana eh.. itu amek dari orang punye. tapi tak berapa ingat sapa. yang lagu itu, itu lirik kang abik